03 Feb.
Posted by Unknown | 1 comments

Mitos mengenai Network Engineer?

Salah satu soalan terbesar yang bermain di fikiran orang lain sama seperti saya ialah bagaimana untuk menjadi seorang Network Engineer. Ada di kalangan yang berminat tapi keliru untuk menjawab keraguan dalam fikiran mereka.

Moga-moga kita semakin jelas untuk menjawab kekeliruan ini bagi memudahakn anda membuat langkah seterusnya bagi menjadi seorang Network Engineer.

10 mitos mengenai "Network Engineer"

1. Adakah saya perlu memiliki segulung Ijazah didalam kerjaya Network Engineer?

Satu mitos atau andaian untuk menjadi seorang Network Engineer adalah bahawa anda perlu mempunyai ijazah. Ini adalah tidak benar sama sekali. Memegang jawatan sebagai Jurutera Rangkaian atau pentauliahan pensijilan Cisco Certified Internetwork Jurutera (CCIE) tidak semestinya bermakna bahawa anda adalah “REAL” Network Engineer.

Jawatan dalam bidang IT seperti Jurutera Sistem dan Jurutera Rangkaian mula muncul sejurus rangkaian dan vendor peralatan komputer memperkenalkan pensijilan mereka dengan frasa “Engineer.
Sebagai contoh, Novell mencipta Certified Novell Engineer (CNE) untuk menyediakan satu cara yang menunjukkan pekerja tahu dan boleh bekerja dgn peralatan Novell. Untuk mendapatkan pentauliahan tersebut anda perlu lulus 5 ujian yang dicipta untuk Novell Server System. Kemudian Microsoft meniru konsep Novell dengan mewujudkan Microsoft Certified Systems Engineer (MCSE). Pentauliahan ini begitu popular dan tidak lama lagi setiap jabatan IT akan dibanjiri dengan "MCSE". Akhirnya Cisco memperkenalkan pentauliahan mereka ke tahap yang baru dan mencipta pensijilan mereka sendiri, CCIE (Cisco Certified Internetwork Expert)

2. Adakah saya Perlu Lulus CCNA atau CCNP untuk pergi ke level CCIE?

Ramai orang berfikir bahawa anda perlu melengkapkan CCNA atau CCNP untuk mengambil CCIE. Sangat tidak benar. Prasyarat untuk mengambil CCIE adalah dengan lulus peperiksaan kelayakan CCIE (juga dikenali sebagai peperiksaa CCIE bertulis ).

3. Saya sedang belajar, adakah perlu tinggalkan pengajian Ijazah dan pilih CCNA?

Timbul persoalan adakah perlu menamatkan ijazah anda atau skip dan mengambil CCNA. Adalah penting untuk SELESAIKAN IJAZAH ANDA! CCNA adalah hanyalah sekadar peperiksaan dan boleh lulus pada bila-bila masa.

4. Pentauliahan CCNA akan menjadikan saya sah mendapat jawatan Network Engineer?

Tiada ujian pentauliahan akan menjamin anda untuk dilantik sebagai Network Engineer. Tetapi untuk menceburi dalam bidang ini memerlukan sekurang-kurangnya tauliah CCNA bagi meletakkan “kaki anda di pintu masuk” atau at least boleh dipertimbangkan semasa interview.  CCNA adalah tahap asas dan menjadi penunjuk aras pengetahuan anda bagi bidang kerja tersebut. CCNA akan memberikan masa depan kepada anda? NO! Tetapi sekurang-kurang anda ada sesuatu yg bagus sebagai aset ketika ditemuduga.

5. Saya tiada pengalaman, Apakah cara terbaik untuk menjadi Network Engineer?

Jika anda mempunyai zero experience dalam Networking dan Komputer, tugas pertama anda adalah untuk belajar komputer. Belajar bagaimana cara komputer berfungsi dan berkomunikasi, kemudian beralih kepada pelajaran bagaiamana cara Networking berkerja. Segalanya adalah berkenaan dengan sikap rajin dan sentiasa bersemangat.

6. Ilmu UNIX / Linux membantu saya dalam Networking?

Ya! Kebanyakan router dan switch base on sistem operasi Linux / Unix. Pembelajaran Unix atau Linux boleh membawa anda pergi jauh untuk membantu anda bagi memahami bagaimana sistem komputer beroperasi serta komunikasi rangkaian
.
7. Saya cuma ada sedikit pengalam dan lulus CCNA serta dilantik sebagai Desktop Admin. Adakah kerja ini sesuai untuk saya?

Hanya diri anda sahaja yang boleh memutuskan jika kerja itu tepat untuk anda. Jika anda menikmati kerjaya tersebut dan suka apa yang anda lakukan itu adalah perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan. Jangan bimbang title jawatan kamu

8. Pilih pentauliahan CCNP atau skip dan terus ke pentauliahan CCIE?

Statistik menunjukkan mereka yang melepasi ujian CCIE adalah sekitar 10% keatas. CCIE adalah antara peperiksaan yang paling sukar untuk anda lulus di dunia! Melainkan anda mempunyai majikan atau seseorang yang akan sponsor untuk anda gagal ujian sekurang-kurangnya dua kali serta membayar untuk mengambil ujian kali ketiga dan lulus. Kos CCIE adalah mahal walaupun memberikan gaji bulanan yang begitu tinggi, belasan ribu ringgit didalam tangan pada pemegang pentauliahan ini. Secara peribadi saya memilih CCIE kerana pekerjaan untuk tauliah ini masih luas dan belum ada saingan.

 9. Saya mendapat tauliah CCNA  dapat interview tetapi tidak berjaya. Mengapa?

Mendapat pentauliahan memang hebat tetapi secara jujurnya ​​sekeping kertas ini tidak menjelaskan perihal butir-butir positif diri anda atau pengalaman anda. Apabila anda mendapat panggilan temuduga salah satu perkara terbesar yangg majikan lihat dalam mencari pekerja adalah untuk melihat bagaimana anda dapat join bersama-sama dengan teammate dan syarikat.

10. Langkah pembelajaran terbaik untuk menjadi Network Engineer?

Cara terbaik untuk belajar ialah PRAKTIKAL! Beli router terpakai dan murah yang membawa anda untuk semua yg diperlukan dalam bidang Networking. Bidang IT adalah istimewa. Ada sebenarnya tidak perlu kan sijil rasmi untuk menunjukkan anda tahu, tapi jikalau anda berusaha untuk belajar dan menguasi bidang tersebut, posisi itu pasti buat anda. Walaubagaimanapun pentauliahan itu menjadi asas untuk anda meyakinkan majikan. Tidak salah untuk belajar dahulu secara praktikal dan menjadikan anda lebih faham tentang konsep Networking dan selepas itu pentauliahan CCNA hanyalah sebagai sampingan atau nilai tambah dalam resume kamu.

Adakah post ini menjawab soalan anda? =) 

Notakaki : Penulis buat masa ini juga sedang merancang dan dijadualkan akan mendaftar untuk mengikuti kelas Cisco Network Academy. Setelah hampir 7 tahun bergelumang dalam bidang Computer Hardware/Software  sudah tiba masanya untuk memasuki wilayah Networking.

1 comment:

  1. saya belajar di kpm indera mahkota , kuantan . institus penuh tajaan mara . kini saya mengambil diploma in com.networking ,sekarang Alhamdulillah dah semester ke 4 , cuma kos ni sebenarnya susah nak bawak , setakat ni saya dah belajar linux, unix versi ubuntu , windows server , programming c# , routing , network security .. disana , 100% menggunakan brands cisco , dan diakhir diploma nnti , saya akn memperolehi dua sijil iaitu diploma dan ccna . saya merasakan dlm bidang it ni meluas , dan 10 tahun akn dtg bidang it ini akn mnjadi satu kerjaya di Malaysia . cita2 saya adalah utk mnjdi network engineer , dan saya harapkn tuan doakn saya semoga berjaya , ape nasihat tuan kpd saya , habjs diploma , saya ingin smbng degree tp blom tahu institusi yang mana trbaik sbgi cth , utem , unikl ,utm atau sbginya .. teringin nak ambk ccnp dan kmudian ccie , apa nsihat berguna utk saya drpd tuan . terima kasi

    ReplyDelete